Kucing lebih dikenali sebagai pemakan yang cerewet. Mereka amat mudah untuk berpaling daripada sekeping daging yang busuk atau basi dan selamba berjalan melepasi mangkuk makanan kucing sambil anda tertanya-tanya mengapa mereka berbuat demikian. Ini hanya kerana kucing tahu apa yang mereka makan. Apabila kucing anda menghabiskan makanan yang dihidangkan, menantikan waktu makan dengan bunyi ‘purr’, atau bergesel dengan anda setelah tibanya waktu untuk makan, atau membawa anda ke mangkuk suapan, anda harus tahu bahawa kucing anda amat menyukai makanan yang anda berikan! Dan ini takkan pernah salah dengan makanan ProDiet kerana ia mempunyai 100% Makanan Laut Sebenar.
100% Makanan Laut Sebenar bermakna kesihatan kucing yang lebih baik maka kucing dan anda mempunyai masa bermain yang lebih berkualiti untuk anda “Get Closer” dengan kucing anda. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan 100% Makanan Laut Sebenar dalam diet harian seimbang kucing anda.
Apakah 100% Makanan Laut Sebenar?
Rangkaian makanan kucing ProDiet yang berkualiti tinggi terdiri daripada 100% Makanan Laut Sebenar yang diperoleh daripada 100% makanan laut asli dan segar seperti tuna, salmon, makarel, sardin, ikan kod dan lain-lain. Sebagai salah satu jenama makanan haiwan peliharaan antarabangsa yang terkemuka, kami komited untuk menghasilkan makanan kucing tanpa kompromi untuk haiwan peliharaan sejak penubuhan kami pada tahun 2006, jadi pemilik kucing peliharaan boleh mencipta dan berkongsi kenangan dan pengalaman yang lebih bermakna bersama kucing mereka.
Untuk berpegang teguh pada janji 100% Makanan Laut Sebenar kami, kami memastikan produk kami mempunyai standard kualiti tertinggi dengan kawalan keselamatan makanan yang ketat, dari proses sumber bahan dan pembuatan kepada pembungkusan dan pengedaran. Kami mengamalkan QA & QC yang ketat untuk menyediakan produk segar dan berkualiti untuk pelanggan kami, seperti 100% Makanan Laut Sebenar. Setiap pek rangkaian makanan basah kami mengandungi ikan sebenar. Janji ini tidak terhenti di sini kerana kami tidak berputus asa untuk menyelidik dan menemukan cara baru untuk menambah baik formulasi produk kami agar kucing anda dapat menikmati pengalaman pemakanan yang unik . Ini adalah janji yang membawa kejayaan kepada jenama kami sepanjang tahun kerana ProDiet ialah jenama profesional, dipercayai dan dikenali oleh golongan pemilik kucing peliharaan hari ini.
Mengapa 100% Makanan Laut Sebenar Penting?
Anda mungkin tertanya-tanya, “Adakah kucing benar-benar memerlukan 100% Makanan Laut Sebenar?” Jawapannya adalah YA untuk pilihan yang lebih sihat dan pengalaman pemakanan yang lebih unik. Adakah anda tahu bahawa kucing dewasa memerlukan lebih banyak protein daripada anjing dan manusia? Bagi kucing anda, tiada apa yang dapat mengatasi makanan laut segar tulen lebih-lebih lagi untuk mendapatkan diet yang seimbang dan sihat, terutamanya dari segi protein. Kekurangan protein juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk untuk kucing anda seperti potensi untuk buta, kegagalan jantung, dan pertumbuhan yang tidak normal.
Ia bukan hanya tentang berapa banyak kucing boleh makan tetapi apa yang mereka makan untuk memastikan jumlah protein yang mencukupi. Kucing adalah karnivor dan mereka memerlukan asid amino seperti taurin daripada protein haiwan yang menyumbang kepada kesihatan mata, jantung dan reproduktif. Sumber makanan yang kaya dengan protein berkualiti tinggi adalah sangat penting untuk memastikan kucing anda sentiasa sihat kerana protein berfungsi sebagai sumber tenaga utama untuk membina otot yang kuat. ProDiet benar-benar memahami dan menyarankan keperluan penting untuk anak kucing dan kucing dengan menyediakan 100% Makanan Laut Sebenar dalam rangkaian makanan laut makanan kucing yang disesuaikan untuk semua peringkat. Terutama sekali dalam mendapatkan diet yang lengkap dan seimbang lebih-lebih lagi untuk pertumbuhan yang sihat.
Bagaimana untuk Tahu Ia 100% Makanan Laut Sebenar?
Semuanya telah tertera di bungkusan kami. Di bungkusan tersebut ada menyatakan kandungan makanan kucing, maklumat pemakanan, dan peringkat hayat makanan kucing itu dibuat. Kaji butiran produk dalam pembungkusan terlebih dahulu dan kenal pasti bahan yang sesuai dengan kucing anda. Dengan ProDiet, anda boleh melihat maklumat pemakanan dan faedahnya dengan mudah, kesesuaian peringkat hayat, cadangan pengambilan dan banyak lagi. Kami juga menyediakan garis panduan pemakanan di laman web rasmi kami jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang penyimpanan makanan kucing dan jumlah pemakanan.
Rangkaian makanan laut ProDiet diperbuat daripada 100% makanan laut segar semula jadi seperti tuna, makarel, salmon, sardin, udang atau kerang tanpa bahan pengawet. Menu kami juga mempunyai banyak pilihan. Daripada sup dan makanan basah kepada makanan kering, setiap produk ProDiet dirumus dan disesuaikan untuk memenuhi selera makan dan keperluan pemakanan kucing anda. Jika anda tidak pasti atau ragu-ragu tentang makanan yang sesuai untuk kucing anda, anda sentiasa boleh mendapatkan nasihat daripada doktor haiwan anda.
Jika anda ingin beralih kepada ProDiet, kami mempunyai garis panduan peralihan untuk membantu anda. Bersedia untuk memanjakan kucing anda dengan 100% Makanan Laut Sebenar ProDiet? Anda boleh membelinya dalam talian dan kami akan hantarkan ke depan pintu anda! Layari disini:
Laman web eCommerce: http://www.petsupply.com.my
Shopee: https://shopee.com.my/prodiet.os
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/prodie