ProDiet telah melancarkan kempen amal dengan menyeru rakyat Malaysia untuk #KongsiRezeki bersama mereka yang tidak mampu berbicara. Bagi setiap pembelian makanan kering ProDiet 1.5kg atau 8kg, ProDiet akan menggandakan jumlah makanan kucing tersebut kepada rumah perlindungan haiwan PAWS.